
Siri mini terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena jenama minuman blackcurrant No.1 di Malaysia, iaitu ‘Ke Kodiang With Love’ telah berjaya mencatat 2.6 juta tontonan untuk empat episod pertama menerusi tayangan di semua platform Gempak.
Mini siri bergenre komedi romantik berdurasi 15 minit dengan total 6 episod ini mula ditayangkan pada 5 April lalu.
Ke Kodiang With Love dipersembahkan oleh Gempak dan Ribena membariskan pelakon popular Hun Haqeem, Qistina Khaled, Danish Hazriq serta juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer. Ia diarahkan oleh Afiza Asram, skrip dari tenaga kreatif Gempak iaitu Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper, manakala produksi oleh Storyteller Production bersama Lokalab.
Lebih mengujakan, mini siri ini turut memberi peluang kepada 50 penonton dan peminat bertuah untuk menonton dua episod akhir secara eksklusif sebelum ditayangkan kepada umum, bersama barisan pelakon dengan hanya menyertai peraduan Ribena.
Peraduan tersebut telah dibuka sejak 1 Mei sehingga 30 Jun. Penyertaan perlu disertakan bukti pembelian Ribena bernilai minima RM5 dalam satu (1) resit, kemudian mengira kekerapan Ribena muncul dalam empat episod siri Ke Kodiang With Love.
Ketua Konten Studio Astro Gempak, Syazwan Zakariah meluahkan rasa syukur dengan sambutan hangat yang diberikan dan berharap agar mini siri yang dihasilkan ini dapat memberikan kepuasan kepada penonton.

