
Malaysia merupakan negara yang masyarakatnya hidup secara majmuk oleh kerana ia terdiri dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.
Perkara ini membuatkan Malaysia menjadi negara yang unik apabila kesemuanya boleh hidup dalam keadaaan harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain.
Malah apabila tiba bulan Ramadan ada juga segelintir masyarakat yang bukan beragama Islam turut bersama-sama berpuasa kerana ingin menimba pengalaman.
Bahkan ada juga segelintir yang melakukannya pada setiap tahun kerana ingin mendapatkan khasiat kesihatan dengan berpuasa.
Mekyun berpuasa satu hari selepas akaun di banned dapat semula
Baru-baru ini influencer terkenal dengan sikap sopan dan positifnya iaitu Mekyun turut tak melepaskan peluang untuk berpuasa bersama dengan abangnya yang juga influencer, Abe Wee.
Mekyun berbuat demikian selepas ada pengikut mencadangkannya untuk berpuasa sebaik akaun miliknya yang disekat di TikTok diperoleh semula.
Sebelum ini, Mekyun dan Abe Wee ada berkongsi akaun mereka telah disekat dan membuatkan mereka bersedih kerana segala hasil penat lelah hilang begitu sahaja.
Namun beberapa hari lalu, Mekyun telah berjaya memiliki semula akaun berkenaan dan mula membuat hantaran seperti biasa. Berita gembira terbabit turut membuatkan seluruh keluarga dan peminatnya gembira.
Semangat bersahur, ibu turut sediakan lauk sebagai sokongan
Susulan itu, Mekyun berniat untuk berpuasa dan berkongsi pengalaman itu bersama peminat.
Pada awalnya Mekyun menunjukkan dia telah bangun pada jam 5.30 pagi untuk bersahur bersama dengan Abe Wee. Malah bagi menyokong niatnya itu, ibu Mekyun turut menyediakan hidangan nasi berlauk untuk dua beradik berkenaan.
“Semalam sebelum Mekyun tidur, mok pesan dekat Mekyun kalau lapar kita kena ingat orang yang susah. Kalau penat kita ingat ganjaran yang lebih besar selepas itu,” katanya.
Malah Abe Wee yang pernah berpuasa sebelum ini dan masih meneruskan perkara itu turut meminta Mekyun makan buah kurma kerana khasiat yang bagus untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Sibukkan diri untuk tahan diri, siap pergi bazar beli juadah berbuka
Sementara menanti waktu berbuka Mekyun turut cuba menyibukkan dirinya agar tidak memikirkan mengenai perutnya yang lapar.
Pada belah petang, dia juga sempat berkunjung ke bazar Ramadan bersama adik-beradiknya untuk membeli juadah berbuka.
Sebaik azan dilaungkan, Mekyun segera berbuka dengan meminum air dan menikmati nasi lemak yang sudah dibeli.
“Akhirnya Mekyun berjaya puasa gais, bukan senang tapi Mekyun sedar satu benda hari ini. Dalam hidup ni kadang-kadang kita rasa nak putus asa kan? Tapi bila ada orang yang percaya dekat kita sokong kita dan selalu ada itu yang buat kita bangun balik.
“Korang lah orang tu (pengikut Mekyun). Inilah ganjaran terbesar berpuasa. Mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan rasa syukur. Happy nya Mekyun.”
Mekyun berjaya puasa hari ini gais!!! 🥹❤️ Hari ni bukan pasal puasa je, tapi pasal kekuatan diri. Kalau kita jatuh, kita bangun balik. Kalau kita rasa susah, ingat… kita tak pernah sendiri. Ada orang yang sayang kita, ada yang selalu support kita. Dan paling penting, kita belajar untuk kuat, untuk terus percaya… yang esok akan lebih baik daripada hari ni. Terima kasih semua sebab selalu ada, support dan buat Mekyun rasa dihargai. Mekyun sayang korang, lebih dari yang korang tahu ❤️
Ramai tumpang bangga lihat Mekyun berjaya puasa
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berbangga dengan Mekyun kerana berjaya berpuasa selama satu hari.
Malah ada yang rasa terharu kerana meskipun berlainan agama namun keluarga Mekyun turut memasang azan sebagai simbol waktu berbuka buat mereka.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan Mekyun berpuasa selama 14 hari memandangkan dia mempunyai pengikut seramai 1.4 juta.
“Yeayy tahniah! Impian Abe Wee nak Menyun berjaya puasa banyak hari lagi. Lagi semangat ada teman. Nanti Abe Wee buat banyak video kita cuba puasa lagi.”

“Alhamdulillah Mekyun berjaya puasa penuh hehhe. Nanti boleh teman Abe Wee lagi.”

“Tahniah Mekyun, teruskan usaha untuk puasa penuh Mekyun. Fighting Mekyun dengan Abe Wee”

“Aku respect betul dengan orang macam ni. Ramadan yang bukan Islam cuba berpuasa dan dapat puasa penuh.”




