Berjaya Habiskan Ironman Dalam Masa Kurang 13 Jam, Syed Saddiq Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Kebajikan Rakyat Muar

2 Nov 2025 • 3:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq telah berjaya menamatkan cabaran kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi pada Sabtu semalam dalam masa 12 jam 22 minit.

Catatan masa bawah 13 jam itu sekali gus menjadikan Syed Saddiq untuk berjaya membawa pulang wang sumbangan sebanyak RM1 juta untuk kegunaan kebajikan rakyat kawasan parlimennya di Muar, lapor BERNAMA.

Difahamkan, wang sumbangan itu merupakan hasil tajaan daripada jenama Prima Valet jika Ahli Parlimen Muar itu berjaya menamatkan cabaran Ironman dalam masa kurang 13 jam.

image is not available

Difahamkan juga, Prima Valet akan memberi sumbangan bernilai RM1 juta kepada penduduk Muar melibatkan bank makanan, pakaian raya dan komputer riba.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, cabaran Ironman itu melibatkan tiga perlumbaan iaitu berenang 3.8 kilometer, berbasikal 180 km dan larian 42.2 km.

Tahniah YB! 

Sumber: BERNAMA

Sumber: Facebook Syed Saddiq

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.