
Berjaya Tempah 4 Pax Tapi Datang Seorang, Lelaki Ajak Kawan “Random” Di Threads Makan Di Rembayung
Restoran pertama milik pempengaruh dan ushawan terkenal, Khairul Aming (KA) telah dibuka kepada pelanggan pada 6 Januari lalu.
Difahamkan, restoran yang kini tular di pelbagai platform media sosial dilaporkan sentiasa menerima tempahan penuh sehingga menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan slot.
Populariti yang meningkat mendadak itu menjadikan restoran berkenaan antara lokasi makan paling hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Seperti yang diketahui, Rembayung mengamalkan polisi tempahan sepenuhnya tanpa menerima pelanggan secara walk-in, langkah yang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi serta kualiti perkhidmatan sentiasa terpelihara.
Tempahan di Rembayung jadi kenangan
Namun, di sebalik kehangatan isu tempahan yang sentiasa penuh, muncul sebuah kisah unik melibatkan seorang lelaki yang berjaya menjadi antara rakyat Malaysia terawal mengamankan slot di restoran berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @rembayungmy di TikTok, lelaki tersebut mengambil langkah luar biasa dengan mengajak orang asing secara rawak di platform Threads untuk bersama-sama menikmati hidangan di restoran itu.

KA dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila mengetahui sekumpulan pelanggan yang hadir ke restorannya itu sebenarnya terdiri daripada individu yang saling tidak mengenali.
Difahamkan, kisah tersebut bermula apabila seorang pelanggan lelaki berjaya memperoleh slot tempahan untuk empat orang.
Namun, memandangkan dia hadir bersendirian, lelaki berkenaan mengambil langkah luar biasa dengan membuat hantaran secara rawak di platform Threads bagi mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Lebih menarik, meja tersebut akhirnya diisi oleh rakan-rakan baharu yang sanggup datang dari Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur semata-mata untuk berkongsi pengalaman menjamu selera bersama.
“Abang kita ni berjaya book untuk 4 pax tapi dia boleh datang sorang je
“Jadi dia ajak strangers untuk join dan hari ini mereka jadi kawan baru di Rembayung. Ada yang datang dari Sarawak, Sabah dan KL,” ujar @rembayungmy menerusi ruangan kapsyen.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji keenakan hidangan yang dipesan di Rembayung.
BACA: Waspada, Empat Negeri Diramal Alami Ribut Petir, Hujan Lebat
@rembayungmy Abang kita ni berjaya book untuk 4 pax tapi dia boleh datang sorang je. So dia ajak strangers m untuk join and hari ni jadi kawan baru di Rembayung. Ada dari Sarawak, Sabah dan KL
BACA: Memukau, Lelaki Hasilkan Potret Diraja Atas Kain Tenun Pahang, Dihias 1,000 Kristal Swarovski
Sumber: @rembayungmy
The post Berjaya Tempah 4 Pax Tapi Datang Seorang, Lelaki Ajak Kawan “Random” Di Threads Makan Di Rembayung appeared first on Siakap Keli.

