Customer Pertama Sambut Birthday Di Rembayung, Momen Jadi Lebih Istimewa Bila Dirai Bersama Khairul Aming

6 Jan 2026 • 2:30 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Sebuah video yang kini tular di media sosial mencuri perhatian warganet apabila memaparkan customer pertama yang menyambut hari jadi di restoran Rembayung, sekali gus mencatat detik istimewa pada hari pembukaan premis berkenaan.

Apa yang menjadikan momen itu lebih bermakna, sambutan hari jadi tersebut diraikan bersama pengasas Rembayung, Khairul Aming, yang turut hadir dan meluangkan masa bersama pelanggan berkenaan. Malah, Khairul Aming sendiri mengucapkan tahniah kepada individu tersebut kerana berjaya menjadi pelanggan pertama yang menyambut ulang tahun kelahiran di Rembayung.

Tidak ketinggalan, pemilik akaun Threads @wthiqah_ yang berkongsi pengalaman tersebut turut meluahkan rasa terharu dengan layanan diterima.

“Thank you team Rembayung & KA. Sporting teruk diorang dan semua pandai ambil gambar,” tulisnya.

Dibuka separuh kapasiti untuk elak kelam-kabut

Sementara itu, ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi netizen, termasuk persoalan mengapa masih terdapat beberapa meja kosong ketika hari pertama operasi.

Menjawab perkara itu, beberapa pengguna memaklumkan bahawa Khairul Aming menjelaskan dalam siaran langsung bahawa restoran tersebut dibuka dengan kapasiti separuh terlebih dahulu. Langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kakitangan menyesuaikan diri dengan situasi sebenar operasi restoran, sekali gus mengelakkan keadaan dapur menjadi kelam-kabut.

“Betul, KA nak staff biasakan diri. Lagipun baru first day,” kata seorang netizen.

Ada juga yang memuji sikap Khairul Aming yang masih sempat melayan permintaan pelanggan walaupun pada hari pertama pembukaan.

“Wah, sempat lagi KA layan permintaan customer. Patutlah semuanya nampak teratur,” komen seorang pengguna.

Pendekatan berperingkat itu nyata menerima reaksi positif warganet, yang melihatnya sebagai langkah profesional demi memastikan kualiti perkhidmatan serta kebajikan kakitangan terus terjaga. – The Malaysian Update

The post Customer Pertama Sambut Birthday Di Rembayung, Momen Jadi Lebih Istimewa Bila Dirai Bersama Khairul Aming appeared first on The Malaysian Update.