Berkat doa ibu! Siti Nurhaliza dedah rahsia kejayaan, telefon Mak Salmah setiap kali sebelum konsert

EntertainmentMusic
6 Jan 2025 • 8:39 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DOA ibu tidak sama dengan orang lain. Seramai mana pun orang yang mendoakan kita, doa ibu tetap nombor satu, tiada hijab dan paling mustajab.

Siapa sangka, ini merupakan rutin dan menjadi salah satu rahsia kejayaan buat Biduanita Negara ke-3 kita iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memohon restu dan doa ibunya, Mak Salmah setiap kali sebelum mula persembahan.

Perkara ini didedahkan kepada umum selepas tuan empunya badan memuat naik di Instagram miliknya sebuah komplikasi video beliau berbuat demikian ketika mengadakan beberapa konsert tahun lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti dilihat menghubungi ibunya sebelum naik ke pentas. Malah, beliau juga sempat bertanyakan khabar ibunda tersayang sebelum naik ke pentas.

image is not available

"Mak, concert nak mula dah. Mak doakan Siti ya," ayat keramat yang sering meniti bibir pelantun lagu 'Aku Cinta Padamu'.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap penyanyi nombor satu negara itu yang tidak meletakkan ibunya di belakang sekali gus menjadi kunci kejayaan walau di mana sahaja beliau berada.

"Video ni simple je, tetapi kesannya sangat besar dan sungguh mendalam. Kejayaan Biduanita Negara kerana sentiasa utamakan doa ibu, apalagi kita yang biasa ni. Pengajaran paling baik untuk kita semua"

"Inilah kunci sukses ibu Aafiyah. Setiap nak mulai konsert minta doa yg paling mustajab dalam dunia ni, doa seorang ibu.. Aahh sayang ibu"

Bertuahlah anda jika masih ada lagi seorang sosok yang digelar ibu dalam hidup ini. Jangan lupa untuk minta restu dan doa dari mereka. Ya?

image is not available