Suara mirip Siti Sarah, netizen sebak dengar nyanyian anak kedua Shuib – “Rindu arwah…”

LocalEntertainment
2 Jan 2025 • 11:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suara mirip Siti Sarah, netizen luah rasa sebak selepas mendengar nyanyian anak kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra yang sedang melakukan latihan vokal bersama datuknya, Raisuddin Hamzah.

Menerusi satu hantaran di TikTok, ibu tiri kepada Allahyarham iaitu Siti Fatimah Suberi telah memuat naik video memaparkan anak Shuib yang mesra dipanggil Talita sedang menyanyikan lagu Kekasih Bayangan nyanyian Cakra Khan.

Suara mirip Siti Sarah, netizen sebak dengar suara anak kedua

@suciuwais

Dekta buat atok sedih dengan nyanyian nya. Kami pakai baju tido sebab mengikut tema tau. #talita #sing #fyp #odeey #love

♬ original sound - Makder - Makder

Pada video tersebut, Talita kelihatan sedang berbaring di atas lantai dan datuknya membantunya untuk memegang mikrofon, manakala, Shuib pula memegang tablet yang memaparkan lirik lagu tersebut.

image is not available

Tidak lama kemudian, Talita telah pun bangun daripada lantai dan mula menyanyi secara berdiri sambil ditonton oleh Raisuddin yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon.

Difahamkan, Talita bersama datuknya sedang berlatih menyanyi ketika keluarga itu sedang menyambut ambang akhir tahun dan awal tahun.

Suara mirip Siti Sarah, Talita buat ramai sebak

image is not available

“Dekta buat atok sedih dengan nyanyiannya,” tulis Siti Fatimah pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sebak mendengar suara Talita yang sangat mirip dengan arwah ibunya.

Sayu mengalir air mata ni

image is not available

Meremang bulu roma dengar

image is not available

Suara mirip Siti Sarah

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meninggalkan komen meluahkan rasa kerinduan terhadap Allahyarham Siti Sarah selepas mendengar suara Talita.

Rindunya arwah

image is not available

Al-Fatihah buat arwah Sarah, rindu yang paling sakit

image is not available

Sesungguhnya kami merindui arwah Siti Sarah

image is not available

image is not available

Sekadar info, Allahyarham Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

image is not available

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah yang merupakan penyanyi itu telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: TikTok suciuwais