Berkat Ramadan, Ezzaty Abdullah syukur dua kali khatam al-Quran

17 Mar 2026 • 10:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON, Ezzaty Abdullah meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam al-Quran bertepatan dengan hari Nuzul Quran baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ezzaty atau nama penuhnya, Ezzaty Abdullah mendedahkan dia sebenarnya diberikan 'cuti' selama lima hari yang pada awalnya tidak disangka membawa hikmah besar.

“Alhamdulillah dapat khatam pada hari Nuzul Quran. ALLAH bagi cuti lima hari rupanya sebab nak saya khatam hari ini. Sesungguhnya rancangan ALLAH lebih baik.

“Lesson learnt: kita hanya mampu merancang dan berharap sambil berdoa. Tapi kalau bukan waktu yang sesuai, sabarlah.

“ALLAH lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk dimakbulkan doa-doa dan hajat kita. Insya-ALLAH,” ujarnya lagi.

Lebih manis lagi, pelakon Takluk: Lahad Datu itu sempat khatam kali kedua pada 8 Mac lalu secara bertadarus.

"Alhamdulillah khatam kali kedua pada bulan Ramadan tahun ni bersama dengan jiran-jiran.

"Tadarus saya pada 10 malam terakhir Ramadan pula. Semoga kita semua mendapat malam Lailatulqadar," kongsinya.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya tersentuh selain menzahirkan rasa kagum dengan kecekalan Ezzaty memanfaatkan masa yang ada dengan mendekatkan diri kepada al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.