“Berkemungkinan pecah di udara” – Kapal Terbang Terhempas Di Klang Berkemungkinan Melebihi Muatan

Entertainment
14 Mar 2024 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada 13 Februari lalu, kita dikejutkan dengan berita di mana terdapat sebuah kapal terbang terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar, Klang dan mengorbankan nyawa juruterbang serta seorang penumpang.

Terbaru, hasil siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) serta Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapati pesawat ringan itu mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas serta BSKU mendapati aktiviti penyelenggaraan pesawat itu tidak teratur.

Menurut laporan Astro AWANI, juruterbang pesawat itu bagaimanapun telah dilesenkan dengan betul dan layak untuk melakukan penerbangan, selain pesawat mempunyai pensijilan kelayakan udara yang sah.

image is not available

“Serpihan di sekitar kawasan itu menunjukkan kepingan struktur besar pesawat terpisah dari rangka utamanya ketika pesawat dalam penerbangan sebelum terhempas di ladang kelapa sawit.

Tidak ada petunjuk menandakan berlaku kebakaran sebelum atau selepas pesawat itu terhempas berdasarkan serpihan ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, difahamkan pesawat ringan Blackshape BK 160TR itu juga diselenggara oleh juruteknik yang tidak bertauliah.

Difahamkan, siasatan BSKU masih berterusan untuk menentukan sebab dan faktor-faktor penyumbang yang menyebabkan kemalangan berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.