Berkuat Kuasa 21 April 2025, Pelajar Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Pada Baju Seragam Sekolah

LocalPolitics
27 Mar 2025 • 9:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menguatkuasakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar bagi memupuk perpaduan di antara murid pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Susulan itu, KPM akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua pelajar untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Pemakaian lencana ini menurut KPM akan dilaksana pada pakaian seragam pelajar di institusi bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.

Inisiatif ini juga menurutnya akan membabitkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” kata kenyataan tersebut.

Berikut adalah antara cara-cara pemakaiannya:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.