Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (21 Oktober), tular di media sosial surat edaran daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada penjawat awam mengenai larangan penggunaan aplikasi navigasi, Waze.
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze, Aplikasi Berpangkalan Di Israel
Menurut Shamsul, arahan yang berkuat-kuasa serta merta itu diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau dalam surat yang bertarikh 20 Oktober 2026.
“Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 yang bersidang pada 20 Oktober 2026 dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan berhubung larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di negara Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam,” tulisnya.
Ketua Jabatan Perlu Pastikan Pemakluman Sampai Kepada Semua Pegawai
Jelas Shamsul, kesemua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan perlu memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan mereka termasuklah agensi yang terlibat.
“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi penyelaras bagi perkara ini.
“Kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan ini dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing adalah amat dihargai,” katanya.
View on Threads
Anwar Galak Orang Ramai Guna TuJu, Ganti Waze
Sebelum ini, Anwar menggalakkan orang ramai untuk menggunakan aplikasi navigasi tempatan yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), TuJu sebagai pengganti kepada keperluan navigasi jalan raya.
Jelas Anwar, langkah itu merupakan cadangan alternatif ekoran risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat ekoran aplikasi Waze terikat dengan undang-undang kerajaan Israel.
Perkara itu menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan untuk meneliti perkembangan ancaman siber serta mengukuhkan kesediaan dan kedaulatan digital negara.
Sebagai info, TuJu merupakan pembangunan program lebuh raya pintar hasil kerjasama LLM dengan Prosignal Consortium Sdn. Bhd.
Selain membantu dan menjadi petunjuk arah, aplikasi TuJu membolehkan pengguna mendapat akses live traffic camera di lebuh raya, mengetahui kawasan Rehat & Rawat (R&R) sepanjang laluan serta menghubungi bantuan kecemasan hanya menerusi aplikasi berkenaan.
Untuk muat turun aplikasi TuJu, pengguna iPhone tekan [DI SINI] manakala Android [DI SINI].


Baca Artikel Berkaitan: Waze Buat Hal Lagi, Bawa Warga Emas Ke Ladang Kelapa Sawit Hingga Sesat Berjam-Jam Lamanya
Baca Artikel Berkaitan: Kereta Penuh Tapak Tangan Misteri, Lelaki Sesat Di Hutan Hingga Lewat Malam Gara-gara Waze





