Berlaku 12 Tahun Lepas, Aliff Syukri ‘Bocor’ Rahsia Siti Nurhaliza – “Tak Payah Nak Harap-Harapkan Live Dia Tu”

LocalEntertainment
8 Aug 2025 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform X, tular video memaparkan klip pendek daripada live usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ‘membocorkan’ rahsia penyanyi hebat tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza.

Rahsia 12 tahun yang lalu ‘dibocorkan’..

Dalam live tersebut, Aliff berkata Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai TokTi tidak perlu mengharapkan hasil jualan di live TikTok kerana pendapatan sebagai seorang penyanyi sudah pun mencukupi.

Dia suka-suka je dik! Tak payah nak harap-harapkan live dia tu. Sekali nyanyi ratus ribu, sekali konsert juta-juta. Entah siapa paksa dia buat live pun aku tak tahu.

Dedah usahawan itu lagi, pada 12 tahun yang lalu, dia pernah panggil TokTi untuk menyanyi dan ketika itu, harga untuk sekali menyanyi membolehkan dia membeli satu kereta berjenama Honda.

Simpan impian mahu berkolaborasi bersama TokTi

Tambahan Aliff lagi, dia memang mempunyai impian untuk berkolaborasi bersama Biduanita Negara itu bagi jenama beg keluaran syarikatnya, malah akui tidak kisah jika tidak mendapat untung semula.

Tapi nak panggil endorsement tu berjuta-juta dik, takut..

Sekadar info, sebelum ini Aliff pernah meluahkan rasa gembira kerana Siti Nurhaliza membeli beg jenamanya ketika sedang membuat live bersama anak sulung, Ammayan.

image is not available 2025-07-23 16:24:55

"Kita Semua Tahu Siti Boleh Beli Beg Lagi Mahal Tapi Dia Pilih Untuk Beli Daripada Usahawan Bumiputera" - Aliff Syukri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved