“Berlaku 2 saat, tak sempat record” – Tun Laila Kongsi Bukti Yang Boleh Dibawa Jika Berlaku Kes C*bul

19 Nov 2026 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

tun laila kes cabul pelakon ft

Bila bercakap mengenai kes cabul, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana perbuatan itu boleh dibuktikan sekiranya tiada rakaman atau saksi.

Mengulas perkara itu, peguam yang juga personaliti media sosial, Tun Laila tampil berkongsi penjelasan dari sudut undang-undang.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan, Tun Laila menjelaskan bahawa kesalahan cabul berbeza dengan rogol kerana perbuatan tersebut boleh berlaku dalam tempoh yang sangat singkat, malah hanya mengambil masa kira-kira dua saat.

Jelasnya, kes rogol melibatkan perbuatan persetubuhan yang dilakukan terhadap mangsa tanpa kerelaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 375 dan 376 Kanun Keseksaan.

Berbeza pula dengan cabul yang boleh berlaku dengan pantas, perbuatan menyentuh tubuh seseorang sehingga menyebabkan individu berkenaan berasa tidak selesa juga boleh dikaitkan dengan kesalahan mencabul kehormatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Artikel berkaitan: “Komen dah macam tak ada maruah, nafsu macam arnab” – Puteri Balqis Hentam Netizen Isu Pelakon Lelaki?

Artikel berkaitan: Lelaki Pedofil Terlepas Hukuman Penjara Padahal Terbukti Bersalah Cabul Kanak-kanak

Bukti kes cabul sukar dikemukakan

Dalam perkongsian sama, Tun Laila turut menjelaskan bahawa pembuktian kes cabul lazimnya lebih mencabar berbanding kes rogol kerana perbuatan tersebut boleh berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Sangat susah untuk membuktikan berlaku kes cabul berbanding kes rogol. Katakanlah jika uruskan kes rogol, kita boleh persoalkan masa. Sempat ke dalam dua minit (buat perbuatan rogol)?

“Kalau kes cabul pula, orang tak sempat rakam. Jadi, contoh bukti yang boleh dikemukakan adalah CCTV di lokasi kejadian, saksi mata atau ketika penggambaran, boleh gunakan rakaman kamera,” jelasnya.

Perkongsian itu dibuat susulan dakwaan seorang pelakon wanita yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang aktor ketika mereka sama-sama menjayakan sebuah drama.

Dalam pada itu, Tun Laila turut menyokong tindakan kedua-dua individu yang terlibat untuk membuat laporan polis dan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan hak masing-masing.

Sementara itu, dia juga menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat kesimpulan atau menuduh mana-mana pihak sebelum siasatan selesai.

Malah, pengguna media sosial perlu berhati-hati meninggalkan komen kerana kenyataan yang dibuat tanpa mengetahui perkara sebenar boleh mengundang fitnah serta menjejaskan reputasi pihak lain.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved