“Berlaku selepas ulangkaji bersama guru” – Ibu Dakwa Ada Kesan Merah Pada Leher Anak

Entertainment
25 Mar 2024 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan tular di platform X mengenai kisah seorang guru SMK menjalinkan hubungan istimewa dengan anak muridnya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes terbabit.

Menerusi kenyataan Polis Daerah Sepang, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun pada jam 10.30 malam, 12 Disember lalu yang mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya.

“Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru matematik,” kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Dalam aduan yang difailkan itu, kejadian itu berlaku dalam perpustakaan sekolah pada jam 4.50 petang.

“Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.

“Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya,” katanya.

image is not availableimage is not available

Mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan yang terdapat pada lehernya.

Kes disiasat dibawah seksyen 14 akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Sementara itu, hantaran tular terbabit telah pun dipadam keluarga pihak pelajar lelaki berkenaan atas nasihat keselamatan daripada pihak peguam.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.