
Bermula 1 April, Penggunaan Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Secara Berperingkat - KPDN
PUTRAJAYA -- Penggunaan kad kredit dan kad debit asing akan disekat bagi pembelian petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara secara berperingkat bermula Rabu depan, lapor Astro AWANI
Perkata itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam.
Menurut beliau, langkah ini juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk 'menjaga' pam secara fizikal, kerana sistem itu sendiri berfungsi sebagai penapis.
"Kita sedang mengintegrasikan sistem pam minyak dengan pangkalan data identiti (MyKad) dan sistem perbankan.
"Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi," katanya.
Tambah Azman, mekanisme baharu ini sudah bersedia sepenuhnya untuk dilaksanakan di beberapa stesen minyak.
"Sekiranya pengguna ingin membuat pembelian menggunakan kad asing, mereka perlu berbuat demikian di kaunter," katanya lagi.
Baca juga:Jelasnya, pendekatan ini bagi memastikan bertujuan memudahkan pemantauan pengusaha stesen minyak serta pihak penguat kuasa, selain memastikan pematuhan terhadap peraturan sedia ada.
Meskipun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya terhad kepada transaksi di kaunter dan bukan di pam minyak tegasnya.
"Pendekatan ini juga akan membantu memperkukuhkan penguatkuasaan serta mengelakkan sebarang penyalahgunaan subsidi RON95," katanya.

