Beberapa tahun lalu Casio menawarkan beberapa jam tangan ikonik mereka sebagai cincin mainan mesin gacha di Jepun. Ia menerima sambutan hangat dan jam tangan cincin sebenar dijual tahun lalu dengan harga RM679 di Malaysia.

Tetapi dengan kemajuan teknologi terkini serta trend cincin pintar yang popular, CRW-001 Ring Watch telah dilancarkan di China dengan ia berfungsi seperti cincin pintar sebenar. Ia masih kelihatan seperti sebuah jam tangan mini Casio CRW-001 dengan beberapa penambahan
CRW-001 Ring Watch mempunyai skrin LCD menunjukkan waktu dan dilengkapi sensor yang boleh mengesan nadi, kadar oksigen dalam darah, mengesan suhu, mengira tapak, menjejak beberapa aktiviti sukan dan penjejakan tidur.

Jam turut bergetar untuk memberitahu pemakai mereka menerima notifikasi, peringatan kalender, mesej dan panggilan telefon. Ia memerlukan tambatan kepada telefon pintar menggunakan aplikasi AIZO Ring dengan ia serasi digunakan pada pernati Android, iPhone, and HarmonyOS.
Keseluruhan tubuh CRW-001 Ring Watch diperbuat daripada logam dengan kualiti binaan setanding jam tangan Casio tahan lasak di pasaran. Bateri dikatakan boleh bertahan sehingga 6 hari dengan pengecasan pin pogo. Di China dijual pada harga RMB 1,990 (~RM 1202) dalam tiga pilihan saiz.





