Pasaran Kripto Lebur $40 Bilion Dalam Sehari! Lonjakan Harga Bitcoin Terhenti?

Business & Finance
16 Jul 2026 • 9:31 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Pasaran Kripto Lebur $40 Bilion Dalam Sehari! Lonjakan Harga Bitcoin Terhenti?

Pasaran mata wang kripto mengalami lonjakan singkat sebelum mencatatkan penurunan semula dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang masing-masing mencecah paras tertinggi dalam beberapa minggu berikutan pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS bagi bulan Jun yang lebih rendah daripada jangkaan, sebelum kedua-duanya berundur ke paras sokongan sebelumnya.

Bitcoin sebelum ini berhadapan minggu perniagaan yang tidak menentu, didorong oleh pengumuman jualan BTC oleh Strategy serta peningkatan ketegangan geopolitik antara AS dan Iran. Selepas susut ke bawah $62,000 pada hari Selasa, aset digital utama itu melonjak melepasi $65,000 dan memuncak pada paras $65,600 dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan data pasaran terkini daripada CoinGecko (CG), harga Bitcoin kini berundur sebanyak $1,500 untuk didagangkan semula pada sekitar $64,000. Permodalan pasaran Bitcoin direkodkan pada $1.285 trilion dengan penguasaan pasaran (dominance) berbanding altcoin kekal stabil pada paras 56.7%.

Bagi pasaran altcoin, Ethereum (ETH) memimpin pergerakan dengan lonjakan mencecah $1,950 buat kali pertama dalam tempoh enam minggu sebelum susut semula di bawah $1,900. Sementara itu sebahagian besar aset modal besar seperti SOL, ADA, BCH, dan DEXE mencatatkan kerugian, token ONDO sebaliknya merekodkan lonjakan ketara sebanyak 17% kepada $0.37.

Secara keseluruhannya, pembetulan harga pasaran ini telah memadamkan nilai permodalan pasaran kripto global sebanyak $40 bilion dalam masa satu hari. Nilai keseluruhan pasaran mata wang kripto kini dinilai pada $2.270 trilion di platform CoinGecko.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved