Valve Dianggarkan Menjual Hampir 15 Ribu Unit Steam Machine Setiap Minggu Sejak Pelancaran

TechnologyGaming
20 Jul 2026 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsol permainan PC keluaran Valve, Steam Machine telahpun dilancarkan beberapa minggu yang lalu, dan walaupun spesifikasi dan tanda harganya memperlihatkan penawaran prestasi kelas pertengahan pada harga yang agak premium, jualan konsol tersebut dilaporkan agak memberangsangkan.

Menurut pengiraan laman web Boiling Steam yang menjejak banyak berita dan pengumuman mengenai penawaran Valve dan Steam, Valve dianggarkan telah menjual kira-kira 12 ribu ke 15 ribu unit Steam Machine setiap minggu sejak ia telah dilancarkan.

Image from: Valve Dianggarkan Menjual Hampir 15 Ribu Unit Steam Machine Setiap Minggu Sejak Pelancaran

Boiling Steam telah menunjukkan cara mereka membuat perhitungan ini, dan ia bermula dengan penyenaraian Steam Machine sebagai produk kedua yang paling laris di senarai jualan tertinggi di Steam. Sebagai sebuah syarikat swasta, Valve jarang sekali memperlihatkan butiran jualan, pendapatan dan keuntungan yang dibuat sepanjang tahun.

Image from: Valve Dianggarkan Menjual Hampir 15 Ribu Unit Steam Machine Setiap Minggu Sejak Pelancaran

Walaupun begitu, mereka tahu bagaimana Steam akan menyenaraikan produk-produk yang paling laris dijual, yang secara lazimnya menggunakan nilai dan jumlah harga produk, dan bukan jumlah unit yang dijual. Ini bermakna bahawa dengan Steam Machine, mereka boleh mengira berapa banyak unit yang dijual apabila dibandingkan dengan permainan-permainan lain.

Dengan pengiraan menggunakan kedudukan produk dan juga tanda harga jualan ini, mereka telah mendapat anggaran jualan produk Steam Machine sejak ia dilancarkan pada 23 Jun 2026 sehinggalah 18 Julai 2026, minggu lepas. Dengan mengambil kira beberapa aspek pengiraan yang lain, jumlah jualan unit yang dianggarkan adalah sebanyak 12 ribu ke 15 ribu unit setiap minggu untuk tempoh tersebut.

Image from: Valve Dianggarkan Menjual Hampir 15 Ribu Unit Steam Machine Setiap Minggu Sejak Pelancaran

Ini tidaklah begitu mengejutkan kerana Steam Machine dilihat laju habis dijual setiap kali peluang membelinya dibuka. Sayangnya, Steam Machine tidak dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia, dan kedai-kedai yang dilihat menjual konsol ini secara pihak ketiga menjualnya pada harga yang sangat mahal sekali.

Sumber: Boiling Steam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved