Seperti yang kita ketahui, sekarang sudah banyak lebuhraya yang menggunakan sistem pembayaran terbuka.
Dimana ia membolehkan penggunaan kad kredit dan debit, langkah seterusnya yang turut dinantikan ramai adalah pengenalan sistem tol tanpa palang.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan pihak mereka akan mencuba sistem tol tanpa palang ini pada 2024 kelak, sekaligus mengumpulkan pelbagai data untuknya.
Dalam pada itu, bagi menjayakan sistem ini ia akan menggunakan sistem kutipan berasaskan kepada Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), selain sistem RFID.

Malah, penggunaan sistem tol tanpa palang dijangka akan membolehkan perjalanan lebih lancar di lebuhraya kerana tidak perlu perlahankan kenderaan secara drastik untuk tujuan pembayaran.
Jadi, mari kita sama-sama nantikan 024 untuk ujian awal sistem pembayaran tol tanpa palang ini.
Kredit: Bernama
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kes rider dengan abang blazer, polis masih akan teruskan siasatan #rider#blazer #viral #ohmedia#hj


