Berparti Liar Di Janda Baik, Datuk Seri Antara 25 Yang Ditahan & Positif Dadah

12 Aug 2022 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu jenayah yang berat di Malaysia, mereka yang disabit boleh berhadapan dengan hukuman penjara dan sebatan.

Semalam, pihak polis telah menahan 25 individu termasuk seorang lelaki yang bergelar Datuk Seri sedang leka berhibur dalam satu parti liar di sebuah banglo yang terletak di Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong.

Pihak polis mengadakan serbuan di lokasi berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan parti liar tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil pemeriksaan didapati mereka yang berada dalam parti liar tersebut turut menggunakan dadah.

“Kita menemui dan merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram serta 1.43 gram pil ekstasi dianggarkan bernilai RM800.

Salah seorang daripadanya adalah seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan buat masa ini, kita sedang mengenal pasti siapa penganjur parti berkenaan,” katanya.

Banglo tersebut dikatakan disewa dengan harga RM 15,000 dan kesemua mereka positif dadah melalui ujian air kencing yang dijalankan.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.