
FIGURA seni yang tidak asing dalam industri muzik tanah air Siso Kopratasa tampil dengan sebuah lagu raya terbaharu berjudul Bersalaman di Hari Raya.
Single ciptaan Siso sendiri dan lirik hasil nukilan Datuk Seri Zulkepli Ibrahim itu bukan sahaja memperlihatkan Aidilfitri sebagai hari kemenangan umat Islam namun turut menggambarkan keindahan dan keberkatan Syawal yang menyatukan ahli keluarga.
Bersalaman di Hari Raya juga menekankan kepentingan bersalaman sebagai simbol kemaafan, mempereratkan silaturahim serta memulihkan hubungan yang mungkin pernah keruh.
Siso berkata lagu berkenaan sudah dicipta setahun yang lalu dengan elemen muzik yang menyerupai gaya lagu-lagu era 60an.



