Bersatu dijangka meterai kerjasama dengan kerajaan petang ini

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 2:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu dijangka meterai kerjasama dengan kerajaan petang ini

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan kerajaan pada pukul 2.30 petang ini. 

Sumber berkata, keputusan itu perlu dipatuhi semua wakil rakyat Bersatu selaras dengan arahan parti dan prinsip disiplin yang terpakai kepada setiap Ahli Parlimen.

Antara syarat yang ditetapkan, kata sumber itu, menyokong Belanjawan yang dibentangkan, sekali gus setiap ahli Parlimen Bersatu difahamkan akan memperoleh RM3.8 juta sama seperti yang diterima ahli Parlimen kerajaan.

“Bersatu akan menandatangani CSA dengan kerajaan hari ini di Parlimen. Kalau UMNO mempertikaikan perkara itu, mereka juga berada dalam kerajaan.

“Apabila Bersatu menandatangani perjanjian dengan kerajaan, arahan akan diberikan kepada semua Ahli Parlimen parti supaya menyokong Belanjawan,” katanya.

Ketika ini, ahli Parlimen Bersatu yang yang tidak menerima amaran mahupun digantung adalah seramai enam orang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Radzi Jidin (Putrajaya), Mohd Nazri Abu Hassan (Merbok), Datuk Mohd Suhaimi  Abdullah (Langkawi), Datuk Ali Biju (Saratok) dan  Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai).

Selebihnya, seramai tiga ahli Parlimen yang diberi amaran, dan sembilan lagi telah digantung. – UTUSAN

The post Bersatu dijangka meterai kerjasama dengan kerajaan petang ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved