Bersatu gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 1:13 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Keahlian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai 13 Oktober 2025.

Keahlian Ahli Parlimen Machang itu digantung untuk tempoh satu penggal.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan selepas diputuskan pihaknya yang bersidang pada 8 Oktober lalu.

Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil berikutan perbuatan Ahli Parlimen Machang itu yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu iaitu mematuhi Perlambagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

"Sila ambil perhatian, bahawa dengan penggantungan tersebut, maka Yang Berhormat secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

"Sila ambil perhatian juga bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini," katanya dalam notis penggantungan keahlian Bersatu bertarikh 13 Oktober 2025. - 14 Oktober, 2025

The post Bersatu gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal appeared first on Scoop.