Bersatu pecat Wan Saiful, 4 ahli turut terima nasib sama

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 9:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama empat lagi ahli selepas didapati melanggar peraturan dan tatakelakuan parti.

Bersatu pecat 4 lagi individu lain

Memetik laporan daripada Malaysiakini, empat lagi individu yang turut dipecat ialah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

image is not available

Lembaga Disiplin Bersatu terima aduan bertulis daripada ahli

Menurut Lembaga Disiplin Bersatu, siasatan dilakukan selepas menerima aduan bertulis daripada ahli parti, sebelum memanggil mereka untuk sesi pendengaran pada 8 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, lembaga disiplin mengambil tindakan menyiasat aduan dan memanggil responden-responden untuk sesi pendengaran pada 8 Okt dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

image is not available

Seru ahli lain patuhi peraturan parti

Badan itu turut menjelaskan bahawa semua responden didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu selain menyeru ahli parti lain supaya sentiasa mematuhi peraturan bagi menjaga nama baik Bersatu.

“Lembaga disiplin membuat keputusan berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain, bebas, dan tidak berat sebelah,” katanya.

image is not available

Untuk rekod, selain lima individu dipecat, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal pula digantung keahlian selama satu penggal pemilihan parti, dengan hak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan.