Wan Fayshal digantung keahlian Bersatu, tak boleh pegang jawatan & buat kenyataan parti

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 9:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, digantung hak keahlian bagi tempoh satu penggal pemilihan parti, berkuat kuasa 13 Oktober 2025.

image is not available

Keputusan dibuat selepas lembaga disiplin bersidang

Memetik laporan daripada Sinar Harian Pengerusi Lembaga Disiplin parti berkenaan, Datuk Mohd Radzi Manan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas lembaga tersebut bersidang pada 8 Oktober lalu.

image is not available

Bersatu dapati Wan Fayshal langgar Fasal 9.1.4

Menurutnya, tindakan disiplin itu diambil kerana Ahli Parlimen Machang itu didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu, yang mewajibkan ahli mematuhi Perlembagaan, Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Sila ambil perhatian, bahawa dengan penggantungan tersebut, maka Yang Berhormat secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.”

“Sila ambil perhatian juga bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” katanya menerusi notis penggantungan bertarikh 13 Oktober 2025.

image is not available

Dengan penggantungan itu, Wan Ahmad Fayshal bukan sahaja kehilangan semua jawatan dalam parti, malah tidak dibenarkan mewakili atau mengeluarkan sebarang kenyataan atas nama Bersatu sepanjang tempoh berkuat kuasa keputusan tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah)