
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan pembangkang yang bertanggungjawab kerana terlibat dalam perbahasan Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) kesemua ahli Parlimen Bersatu terlibat untuk membahaskan isu yang penting melibatkan lebih 10 juta pendeposit TH.
“Saya nak menegaskan di sini, walaupun ada yang kritik pihak pembangkang mengambil langkah untuk keluar dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan.
“Kami juga pembangkang tetapi kami bertanggungjawab, enam orang wakil rakyat kita mengambil bahagian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan RCI TH di Dewan Rakyat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN dilihat bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan.
Tindakan itu mendapat kritikan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan tindakan itu sebagai cubaan untuk memainkan drama politik berhubung isu TH, sedangkan kepentingan umat Islam perlu diberikan keutamaan.
Anwar berkata, persoalan utama yang perlu diberi perhatian ialah dakwaan pengkhianatan terhadap TH dan kepentingan orang Melayu Islam yang selama ini bergantung kepada institusi berkenaan untuk menunaikan ibadah haji.-UTUSAN
The post Bersatu pembangkang bertanggungjawab appeared first on Utusan Malaysia.






