Bersedia Hadapi Konflik, Indonesia Pertimbang WFH

WorldBusiness & Finance
15 Mar 2026 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan beberapa langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan krisis tenaga susulan kenaikan harga minyak dunia, termasuk pelaksanaan pengaturan bekerja dari rumah (WFH) untuk mengurangkan penggunaan bahan api.

Presiden Prabowo Subianto berkata pendekatan tersebut pernah digunakan secara meluas semasa pandemik COVID-19 dan terbukti membantu mengurangkan pergerakan serta penggunaan tenaga di banyak negara.

image is not available

Beliau memaklumkan kerajaan telah mengarahkan pegawai berkaitan supaya meneliti kemungkinan melaksanakan langkah itu dalam masa terdekat sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan serta menjimatkan penggunaan bahan api.

Menurut Prabowo, kerajaan turut memantau rapat perkembangan global khususnya di Eropah dan Asia Barat kerana ketegangan geopolitik di rantau berkenaan berpotensi mempengaruhi harga tenaga dunia, sekali gus memberi kesan kepada kos sara hidup termasuk harga makanan.

image is not available
Gambar hiasan

Selain itu, beliau menegaskan kepentingan disiplin fiskal dalam memastikan kestabilan ekonomi negara, sambil menyatakan harapan agar kerajaan dapat mengawal defisit belanjawan dan pada masa sama memperkukuh rizab bahan api bagi menghadapi sebarang gangguan bekalan pada masa hadapan.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved