Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka Diteruskan, Bakal Berlangsung Di MITC Pada 28 Mac Depan

14 Mar 2026 • 3:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri bagi kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai langkah berjimat cermat selepas berlaku konflik di Asia Barat ayang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global.

Namun, menurut Sinar Harian, Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Melaka pula akan diteruskan seperti yang telah dirancang pada 28 Mac ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh iaitu Ketua Menteri Melaka.

image is not available
Datuk seri ab rauf yusoh, ketua menteri melaka

Difahamkan, rumah terbuka peringkat negeri Melaka bakal dianjurkan pada 28 Mac ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Artikel Berkaitan: “Banyak SME ‘cari makan’ dengan acara ini” – Isu Batalkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Perancang Majlis Luah Rasa Kecewa

Artikel berkaitan: Rangkuman Sidang Media Khas PM: Harga Minyak Kekal RM1.99 Seliter & Tiada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Menurut beliau, penganjuran rumah terbuka negeri Melaka itu adalah untuk meraikan dan menghargai rakyat negeri tersebut.

Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis tersebut tidak lama lagi.

image is not available
Gambar hiasan

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.