Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebersihan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan khususnya kepada kanak-kanak. Seperti yang diketahui kanak-kanak masih belum memiliki sistem imun yang kuat berbanding golongan dewasa
Maka sebagai ibu bapa pastinya kita sentiasa mahu menjaga kebersihan mereka serta mengurangkan risiko terdedah kepada virus.
Peniaga bersihkan taman permainan kanak-kanak jadi perhatian
Baru-baru ini dua orang wanita yang juga peniaga produk pembersihan telah meraih perhatian ramai apabila dilihat membersihkan taman permainan yang sudah kotor dan berlumut.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Home Habit Group di Threads, awalnya mereka telah meminta pengguna di platform itu untuk memberikan cadangan di manakah taman permainan yang boleh dikunjungi untuk dicuci di sekitar Johor Bahru (JB).
Lebih suka jika dapat bersihkan taman permainan yang berlumut
Malah mereka mengatakan lebih suka jika taman permainan itu berlumut kerana mahu menggunakan sabun yang dijual.
“Kita rasa dah cuci hampir semua taman permainan berlumut dekat JB ni, tapi mana tahu ada yang kita terlepas.
“Walaupun ramai cakap konten (video cuci taman permainan) eh tolong sikit ya kita buat konten sedaya upaya tau memang berkilat (cuci taman permainan) sebab kita yakin produk kita guna bukan scam,” kata peniaga itu.
Kelihatan taman permainan jadi lebih bersih dan seperti baharu lepas dibersihkan
Dalam video yang dikongsikan, mereka turut menunjukkan sebuah taman permainan yang dilihat kotor dan berlumut kelihatan lebih cantik serta bersih selepas dibersihkan.
Malah mereka turut dilihat membawa peralatan sendiri seperti berus dan air untuk melakukan kerja pencucian di taman berkenaan.
Bukan hanya itu, mereka turut mencuci setiap bahagian lain seperti gelongsor dan sebagainya.
Dalam beberapa video lain, peniaga ini turut menunjukkan beberapa lagi taman permainan lain yang dicuci sehingga bersih.
View on Threads
Ramai puji usaha peniaga bersihkan taman permainan
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji usaha murni peniaga berkenaan dan mengatakan meskipun ia dilakukan untuk pemasaran produk yang dijual namun tindakan mereka memberikan manfaat kepada orang awam khususnya kanak-kanak.
Ini kerana, kanak-kanak boleh bermain semula di taman permainan yang telah dibersihkan.
Lebih menarik lagi, terdapat juga pengguna Threads yang menawarkan diri untuk turut bersama-sama peniaga berkenaan untuk mencuci taman permainan dan ia dilakukan secara percuma.
Ada juga mengatakan, walaupun ia adalah konten namun kandunganseperti ini tidak dinafikan boleh memberikan manfaat banyak lapisan masyarakat.
“Post video macam ni banyak-banyak sebab selain untuk pemasaran, ia sangat memuaskan untuk ditonton.”
![Image from: Bersihkan Taman Permainan Kanak-kanak Untuk Pemasaran Produk, Ramai Puji Usaha Peniaga Ini [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bersihkan-taman-permainan-1.jpg)
“Kalau tak cukup staf bagitahu. Saya datang tolong. Percuma je tak payah bayar upah. Saya suka benda-benda menyental macam ni”
![Image from: Bersihkan Taman Permainan Kanak-kanak Untuk Pemasaran Produk, Ramai Puji Usaha Peniaga Ini [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bersihkan-taman-permainan-2.jpg)
“Terima kasih sebab buat perkara ni. Banyak pahala korang sebab tolong basuh semua tempat mainan budak-budak ni”
![Image from: Bersihkan Taman Permainan Kanak-kanak Untuk Pemasaran Produk, Ramai Puji Usaha Peniaga Ini [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bersihkan-taman-permainan-3.jpg)

![“Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/anjing-tersangkut-jaring-gol-bola-sepak.jpg?t=1787811626)