“Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]

27 Aug 2026 • 11:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syed Azzman berkongsi video seekor anjing yang tersangkut pada jaring di tiang sebuah taman permainan.

Menerusi video tersebut, kelihatan anjing tersebut terlilit dengan jaring yang banyak sehingga menyebabkan ia tidak dapat melepaskan dirinya.

Malah dalam sebuah lagi video dikongsikan Syed sebelum ini, kelihatan anjing itu bergelut dengan jaring yang berselirat itu selain menyalak berulang kali seolah-olah sedang panik.

Anjing Berjaya Diselamatkan Selepas Lelaki Bantu Potong Jaring Yang Berselirat

Bersimpati dengan nasib si anjing, Syed telah bertindak membantu dengan memotong jaring satu per satu menggunakan objek tajam dipercayai playar pemotong wayar atau gunting kebun. Walaupun kelihatan ketakutan, namun anjing itu dengan sabar menunggu lelaki tersebut membantunya.

Selepas seketika berusaha memotong semua wayar, Alhamdulillah anjing itu berjaya diselamatkan. Dalam video sama, kelihatan anjing berkenaan terus berlari dari situ selepas jaring dipercayai di tiang gol dipotong lelaki tersebut.

Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Sumber: Threads syed_azzman

“Setiap Nyawa Tetap Ada Nilai” – Lelaki

Difahamkan, lelaki itu memang berniat untuk membela anjing untuk menjaga kebun yang sedang diusahakannya.

“Setiap nyawa tetap ada nilai. Rancang memang nak cari anjing untuk jaga kebun nanti, tapi tunggu pagar siap dulu,” katanya di ruangan kapsyen.

Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Abang Bomba Pujuk Anjing Merajuk Buat Ramai Terhibur, Siap Ada Yang ‘Jealous’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Ni Di Tangan Orang Baik” – Aksi Pemuda Gigih Selamatkan Si Bulus Tersadai Di MRR2 Raih Pujian [Video]

Ramai Puji Lelaki Bantu Anjing Yang Berada Dalam Bahaya

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji sikap baik hati Syed kerana sudi membantu anjing ketakutan yang tersangkut pada jaring gol itu.

“Sejuk hati tengok video macam ni. Terima kasih orang baik. Semoga Allah permudahkan urusan awak dunia akhirat. Semoga asbab lepaskan anjing daripada tersangkut jaring ni tiket untuk awak ke syurga,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada yang berkata anjing itu seolah-olah menunjukkan tanda ia mempercayai individu yang cuba untuk menolongnya.

“Terima kasih sebab baik hati (tolong anjing). Comel je anjing tu duduk diam. Ia percaya awak untuk membantunya hingga berani membuka hati,” ujar seorang warganet.

‘Semoga Jadi Teladan Kepada Manusia Untuk Buat Baik Kepada Haiwan’ – Netizen

Sementara itu, ramai juga berharap agar video dikongsi oleh Syed itu boleh dijadikan teladan dan contoh baik kepada orang ramai agar sentiasa bersikap ihsan terhadap haiwan-haiwan terbiar yang memerlukan.

“Semoga video ni sampai ke seluruh pelusuk dunia. Jadi teladan untuk manusia-manusia berbuat baik kepada haiwan. Terima kasih selamatkan poor doggo (anjing) tu. Semoga Allah balas dengan berjuta rahmat,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Image from: “Sejuk Hati Tengok Video Ni” – Lelaki Dipuji Bantu Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Di Taman Permainan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Individu Cuba Selamatkan Anjing Pit Bull Selepas Dibuang Oleh Pemilik Depan Kedai Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rider Berganding Bahu Selamatkan Anjing, Netizen Bangga Dengan Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Tingkap Kereta Terpaksa Dipecahkan Untuk Selamatkan Anjing

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved