Bertahan Demi Cinta lagu baru Fattah Amin & Fazura, netizen kata sudah terlambat

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 9:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan selebriti yang telah sah bercerai talak satu semalam, Fattah Amin & Fazura akan lancar single bersama berjudul Bertahan Demi Cinta tidak lama lagi.

Perkara tersebut dikongsi Instagram syarikat rakaman hits_record apabila memuat naik teaser lagu berkenaan yang akan dilancarkan pada 10 Oktober 2024 di beberapa platfrom muzik.

Instagram will load in the frontend.

Bertahan Demi Cinta kolaborasi lagu bersama

Dalam perkongsian tersebut, lagu berkenaan adalah duet bersama Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin yang dipercayai kolaborasi antara syarikat milik selebriti wanita itu dengan syarikat dari Indonesia.

image is not available

Bertahan Demi Cinta seakan sudah terlambat

Walau bagaimanapun, netizen yang meninggalkan komen di ruangan Instagram syarikat rakaman tersebut kebanyakan merasa pelancaran lagu itu sudah terlewat susulan pasangan berkenaan sudah sah bercerai talak satu semalam.

image is not available

Kesempatan yang diambi?

Ada juga mengatakan waktu memuat naik teaser berkenaan tidak lagi sesuai kerana segalanya sudah terlambat memandangkan rumah tangga mereka sudah tidak dapat dipertahankan lagi.

image is not available

Lagu mungkin rakam dah lama

image is not available

Tak ada maknanya, sudah terlambat

image is not available

Sekadar info, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40 telah sah bercerai talak satu dengan Abdul Fattah Amin, 34 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Perpisahan mereka turut diiringi dengan beberapa ‘drama’ apabila Fazura mendedahkan bahawa punca dia menfailkan penceraian disebabkan bekas suami mengabaikan nafkah, tiada lagi persefahaman dan juga berlaku curang.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh Fattah Amin dan menganggap bekas isteri telah melanggar perjanjian yang telah mereka tanda tangan untuk tidak mengaibkan sesiapa.

Sumber: Instagram hits_records