Kedai Aksesori Kereta Tawar Diskaun Menarik Buat Pemilik Nama Fattah & Kereta Honda SM4

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru sahaja masuk minggu kedua bulan Oktober, namun ada banyak kisah panas yang menjadi bualan dan perdebatan pengguna media sosial.

Antara yang paling hangat dan mendapat perhatian ramai adalah kisah perpisahan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura yang baru sahaja sah bercerai semalam (7 Oktober).

Bukan itu sahaja, kisah lain yang turut menjadi bualan ramai adalah penganjuran acara Honda Day Malaysia 2024.

Ia berikutan pemenang utama cabutan bertuah program tersebut hanya membawa pulang kereta Honda Accord SM4 keluaran tahun 1992 yang sudah lusuh.

Setelah mendapat kritikan dan sindiran daripada ramai pihak, penganjur acara berkenaan kemudiannya telah menggantikan hadiah tersebut dengan sebuah BMW F30.

Pemilik Nama Fattah & Kereta Honda Accord SM4 Dapat Nikmati Diskaun Tinted 50%

Tidak ketinggalan mengikuti isu semasa, sebuah syarikat aksesori kenderaan di Reko Sentral, Kajang, Selangor menawarkan diskaun istimewa buat individu terpilih yang bernama Fattah dan kereta Honda Accord SM4.

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi milik mereka, TMK Industries – Tint Coat PPF, mereka menawarkan diskaun pemasangan cermin gelap (tinted) sebanyak 50% khusus buat geng Fattah-Fatah sekalian dan pemilik kereta tersebut.

“Customer (pelanggan) nama Fattah dan juga siapa pengguna Honda SM4, kami nak bagi less tinted 50% untuk bulan Oktober ini. Tag diorang ya,” tulis mereka.

Customer nama Fattah dan juga siapa pengguna Honda SM4, kami nak bagi less tinted 50% untuk bulan OKT ni. Tag diorang ya.

Posted by TMK Industries – tint coat ppf on Sunday 6 October 2024

Pemilik Nama Emma Turut Diberi Diskaun

Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut menawarkan diskaun istimewa khusus buat individu yang memiliki nama Emma.

Difahamkan, pemberian diskaun itu juga dibuat sempena berita penceraian seorang lagi pelakon wanita popular, Emma Maembong dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

“Nama Emma pun ada less 50% untuk tinted. Jemput ya,” tulis mereka lagi.

Nama Emma pun ada less 50% untuk tinted. Jemput ya

Posted by TMK Industries – tint coat ppf on Monday 7 October 2024

Pengguna Terhibur, Ada Yang Berseloroh Mahu Tukar Nama

Hantaran pekedai tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain. Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan hantaran berkenaan yang mempunyai kaitan dengan isu hangat masa kini.

Malah, kebanyakan mereka turut berseloroh hingga ada yang mahu menukar nama menjadi Fattah.

Namun, kedai aksesori itu juga turut bergurau dengan pengguna media sosial di mana mereka perlukan resit rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai bukti.

Ada juga pengguna media sosial menyebut (tag) rakan mereka yang bernama Fattah di ruangan komen agar tidak ketinggalan menikmati tawaran istimewa itu.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Kalau Bakal Tukar Nama Kepada Fattah Boleh Juga Tak?”

image is not available

“Nama Bapa Fattah Ok Kan? Ada Kena Mengena Juga Ni”

image is not available

“Nama Kakak Ipar Saya Norimah, Tapi Panggil Emma, Boleh Ke?”

image is not available

image is not available

Source: