Bertatah Swarovski, Prince Syed & isteri infaq telekung mewah bernilai RM12,000 buat Ustazah Asma

26 May 2025 • 4:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial Prince atau nama penuhnya Syed Muhammad Shah Hasif mencuri tumpuan ramai apabila beliau dan isterinya, Fatin Syazwani, menginfaqkan sepasang telekung mewah bernilai RM12,000 kepada pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince Syed memaklumkan telekung tersebut yang dihiasi batu permata kristal Swarovski dihadiahkan kepada Pusat Pengajian Perkampungan Hijrah yang diasaskan oleh Ustazah Asma.

Kami infaq telekung RM12k kepada Ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah. Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovski ini kami dah serahkan kepada Ustazah,” katanya.

image is not available

image is not available

Prince Syed & isteri infaq telekung mewah

Menurut Prince Syed, telekung berwarna putih itu pernah tular hingga ke luar negara kerana keunikan dan kemewahan rekaannya yang eksklusif.

Tindakan murni pasangan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keikhlasan mereka dalam menyumbang kepada jalan dakwah, tak kurang juga yang terkejut dengan nilai mewah infaq tersebut.

image is not available image is not available

image is not available image is not available

Prince Syed sebelum ini sering berkongsi aktiviti perniagaan, gaya hidup serta kandungan berunsur motivasi dan amal di platform media sosial miliknya.

Sumber: TikTok @prince.syed.shahid