Bertemakan ‘Cartoonland’, Kunjungi Pameran Belon Di Aeroville Mall Kuching Cuti Sekolah Ini

25 Dec 2022 • 1:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

A trip to cartoonland!

Bertemakan ‘Cartoonland’, Kunjungi Pameran Belon Di Aeroville Mall Kuching Cuti Sekolah Ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi musim cuti sekolah bakal melabuhkan tirai. Saki-baki cuti sekolah ini sebaiknya dihabiskan dengan aktiviti menyeronokkan bersama anak-anak anda.

image is not available
Bertemakan ‘Cartoonland’, Kunjungi Pameran Belon Di Aeroville Mall Kuching Cuti Sekolah Ini. Sumber: Aeroville Mall

Apa kata anda bawa anak-anak anda ke pusat beli belah Aeroville Kuching ini dan saksikan pameran belon yang bertemakan ‘cartoonland’ ini.

Pelbagai watak kartun terkenal

Menariknya di sini, kesemua belon diolah menjadi watak-watak kartun terkenal yang sering keluar di kaca televisyen.

Antaranya seperti Cinderalla, Roblox, Woody dan Buzz Lightyear dari Toy Story serta banyak lagi.

Sekiranya anda ke sini, jangan lupa untuk potretkan kenangan anda bersama-sama anak-anak di sini dengan bergambar bersama belon-belon yang diolah menjadi watak kartun kesukaan mereka.

Bayaran masuk dan waktu operasi

Untuk bayaran masuk, pihak penganjur hanya mengenakan bayaran RM 5 seorang.

Untuk waktu operasi pula, mereka beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 9 malam.

image is not available

Difahamkan, pameran ini akan berakhir esok hari iaitu pada 26 disember ini. Oleh itu, jangan sia-siakan peluang ini dan raikan anak-anak anda sempena cuti sekolah ini.

Lagi tempat menarik sempena cuti sekolah ini: