Bertemakan Haiwan, Kunjungi MBKS Dan Meriahkan ‘Lightfest In Borneo’ Musim Cuti Sekolah Ini

22 Jan 2023 • 12:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inilah masa yang sesuai tawan hati anak-anak anda

Bertemakan Haiwan, Kunjungi MBKS Dan Meriahkan ‘Lightfest In Borneo’ Musim Cuti Sekolah Ini. Musim cuti sekolah adalah musim yang tepat untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak anda dengan melakukan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

image is not available
Bertemakan Haiwan, Kunjungi MBKS Dan Meriahkan ‘Lightfest In Borneo’ Musim Cuti Sekolah Ini. Sumber: Thong Yong Kho 

Berita baik untuk warga Kuching, sempena cuti sekolah ini apa kata anda kunjungi pesta lampu ‘Lightfest In Borneo’ bersama anak-anak anda di Taman MBKS, Kuching.

Berlangsung bermula hari ini sehingga 30 januari tahun hadapan

Karnival ini berlangsung bermula 22 disember ini sehingga 30 januari tahun hadapan.

Datanglah bersama anak-anak anda dan saksikan keindahan lampu-lampu yang unik dan memukau di sini.

image is not available

Difahamkan, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di sini antaranya pesta tanglung. Uniknya di sini, setiap tanglung dihasilkan menyerupai figura haiwan-haiwan comel serta diterangi lampu LED yang berwarna-warni untuk menarik perhatian kanak-kanak yang datang.

image is not available

Bagi memeriahkan lagi kunjungan anda ke sini, anda turut dihidangkan dengan muzik-muzik rancak daripada pihak ‘Lightfest In Borneo’ ini. Barulah tak bosan.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang datang juga boleh mengambil gambar di sini untuk kenang-kenangan.

Info lanjut mengenai karnival ini

Untuk bayaran masuk, pengunjung dewasa hanya dikenakan cas sebanyak RM 10 manakala kanak-kanak sebanyak RM 5 sahaja.

Sangat murah dan berbaloi!

image is not available

Untuk waktu operasi mereka, karnival ini dibuka dari jam 1 petang sehingga 10 malam untuk hari berkerja.

Manakala, untuk hujung minggu mereka beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 10 malam.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menikmati pesta lampu ‘Lightfest In Borneo’ dan jangan lupa ambil gambar anda sepuasnya di sini. Jom datang dan meriahkan musim cuti sekolah bersama anak-anak anda!

Lagi tempat menarik untuk dikunjungi musim cuti sekolah ini: