“Jadi Haram Kalau Dah Bahayakan Diri, Fikirlah Baby Dalam Perut!” – Percutian Rebecca Nur Islam Di Bali Dikecam?

Entertainment
19 Dec 2022 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, difahamkan selebriti Rebecca Nur Islam telah pergi bercuti di Bali bersama-sama keluarga tercinta bagi meluangkan masa ketika musim cuti persekolahan sekarang ini.

Bagaimanapun, satu video yang dimuat naik olehnya di Instagram telah mencuri perhatian ramai dan netizen kebanyakkannya meninggalkan teguran di ruangan komen buat Rebecca.

Melalui video tersebut, kelihatan Rebecca menaiki buaian di Bali yang merupakan tempat pelancong kunjungi sambil memakai baju serba merah.

image is not available

Selebriti tersebut tidak melepaskan peluang untuk menaiki buaian tersebut bersama-sama dengan anak perempuannya dan kelihat dia dihayun sambil baju labuh merahnya itu beterbangan.

Dalam banyak-banyak video yang dimuat naik, satu video yang mengundang kecaman ramai apabila terlihat buaian yang dinaiki olehnya bersama anak kelihatan dibuai agak laju.

Susulan itu, ramai berasa kecut perut melihat Rebecca dan anak menaiki buaian itu, malah ada juga menegur bahawa jika bukan keperluan dan aktiviti terbabit menjejaskan nyawa, maka ia haram dilakukan.

Biarpun ramai yang mengecam, tetapi ada juga berasa kagum melihat pelakon berkenaan berani mencuba aktiviti itu serta turut memuji kecantikkan video terbabit.

image is not available 2 hari lalu

"Pusat Berkeladak" - Pakai Baju 'Crop Top', Gambar Norreen Iman Dipenuhi Komen Biadap