Bertembung Dengan Lori, Van Bawa Petugas Kesihatan KKM Terlibat Kemalangan Di Tenom, Sabah

25 May 2025 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tujuh petugas kesihatan dari sebuah klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terlibat kemalangan apabila van yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lori di Tenom, Sabah pada Sabtu semalam.

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi ketika petugas-petugas kesihatan itu sedang dalam perjalanan untuk program rawatan pergigian dengan menaiki van berkenaan.

Menurut pasukan bomba dan penyelamat, pihak mereka bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

image is not available

Difahamkan, van yang dinaiki oleh petugas kesihatan itu bertembung dengan sebuah lori jenis 10 tan dan kesemua petugas kesihatan tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, seorang mangsa dalam lori terbabit telah dibantu oleh bomba untuk keluar dari lori berkenaan.

Pemandu lori itu kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.