Bertempat Di Vivacity Megamall Kuching, Gigi Coffee Beroperasi Pada November Ini

21 Nov 2023 • 10:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mark your date, guys!

Bertempat Di Vivacity Megamall Kuching, Gigi Coffee Beroperasi Pada November Ini. Khabar baik bagi para pencinta kopi di Sarawak, Gigi Coffee, rangkaian kedai kopi yang terkenal, telah membuka cawangan pertamanya di negeri ini.

Terletak berhadapan Starbucks di Vivacity Megamall, rangkaian pertama Gigi Coffee ini bakal membuat Grand Opening pada 27 November 2023 ini.

image is not available

image is not available

Tak sabarnya nak minum Buttercreme Latte kat sini

Setelah Zus Coffee melebarkan sayapnya di Sarawak, kini Gigi Coffee turut menyusul dengan cawangan pertamanya di Kuching. Haa takyah terbang jauh-jauh nak minum air Gigi Coffee ni

Menu air paling popular di sini adalah Buttercream Latte. Menariknya, minuman latte ini diberi tambahan buttercream yang kaya dan manis di atasnya.

Selain Buttercream Latte, anda juga akan menikmati minuman-minuman unik lain seperti Pecan Praline Latte, Monday Blue Cookies Latte, dan Dark Choco Mocha. Semua minuman ini ditawarkan pada harga yang sama.

Dengan pelbagai pilihan minuman yang unik dan harga yang berpatutan, tidak hairanlah rangkaian kopi ini telah memenangi hati banyak peminat kopi di Malaysia.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/pasar-malam-kuching-samarahan/

https://www.iloveborneo.my/bajet-sarawak-2024-pelajar-laptop-percuma-baucar-buku-rm500/