Berucap di pentas UMNO, Hamzah kata inilah kekuatan sebenar gelombang biru

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Berucap di pentas UMNO, Hamzah kata inilah kekuatan sebenar gelombang biru
Gambar yang dimuat naik Hamzah menerusi hantaran sama pada Ahad.

SHAH ALAM - Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penyatuan pemimpin daripada pelbagai parti politik membuktikan kekuatan sebenar 'gelombang biru' dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kekuatan itu bukan sekadar terbentuk menerusi gabungan parti politik, sebaliknya lahir daripada penyatuan hati serta tekad bersama untuk mengembalikan politik matang yang mengutamakan rakyat.

"Apabila kita meletakkan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik, kita sebenarnya sedang membina satu keluarga besar yang berkongsi cita-cita yang sama iaitu Negeri Sembilan yang lebih baik.

"Inilah kekuatan sebenar Gelombang Biru. Bukan sekadar gabungan parti, tetapi penyatuan hati dan tekad untuk mengembalikan politik matang yang mengutamakan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam hantaran sama, beliau memaklumkan berkesempatan sepentas bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di kediaman Pengerusi Tetap UMNO Seremban.

Menurut Hamzah, penyatuan itu membuktikan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved