Jangan tuduh Pas toksik, Muhyiddin perlu ingat sejarah jadi PM – Hamzah

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 7:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan tuduh Pas toksik, Muhyiddin perlu ingat sejarah jadi PM – Hamzah

Image from: Jangan tuduh Pas toksik, Muhyiddin perlu ingat sejarah jadi PM – Hamzah

SEREMBAN – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melihat kepada sejarah sebelum melabelkan Perikatan Nasional (PN) yang kini diterajui Pas sebagai ‘parti toksik.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Muhyiddin sepatutnya mengingati jasa baik Pas sehingga membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

“Macam mana dia boleh kata toksik? Tan Sri Muhyiddin tidak boleh menjadi Perdana Menteri tanpa UMNO dan beliau juga tidak boleh menjadi Perdana Menteri tanpa Pas.

“Maka janganlah menuduh orang toksik dan sebagainya. Kita kena ingat sejarah bagaimana orang luar atau parti lain membantu kita sehingga kita boleh menjadi Perdana Menteri. Sebab itu saya tidak mahu menuduh sesiapa,” katanya selepas megadakan pertemuan bersama calon Dewan Undangan Negeri Sikamat dan Ampangan di Kampung Ujong Pasir, Sikamat, hari ini.

Jelas Hamzah, beliau sendiri tidak mahu menuduh atau menyalahkan sesiapa, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan kerajaan di bawah satu gabungan yang lebih kuat. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan tuduh Pas toksik, Muhyiddin perlu ingat sejarah jadi PM – Hamzah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved