Berurat Sado! Foto Tepi Pantai Zul Ariffin Buat Netizen Semangat Nak Kerja - “Fuhh Macam Roti Ban…”

20 Aug 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon , Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil berkongsi foto menayangkan tubuh kekarnya ketika bercuti di tepi pantai.

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul memuat naik beberapa gambar yang memperlihatkan dirinya memakai cermin mata hitam dan berseluar pendek jalur hijau sambil berjemur di bawah sinaran matahari.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Tanned ✅,” tulis Zul ringkas di ruangan kapsyen.

 

Seperti biasa, penampilan berani aktor berusia 38 tahun itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang teruja melihat susuk tubuh Zul yang tegap dan berotot.

 

Antara komen yang ditinggalkan netizen:

 

“Macam roti ban coklat Gardenia.

 

“Rasa semangat nak buat keje.

 

“Fuhhh mantapp boss new style.

 

“Dia comeback muda la,” komen beberapa netizen.  

image is not available

Bina Badan Sado

Nak badan fit & berurat macam Zul Ariffin? Mulakan dengan suplemen sihat ini untuk tenaga, otot & keyakinan maksima!