Foto Badan Sasa Zul Ariffin Buat Ramai Wanita Cair – “Sorry Ter Zoom Pulak”

EntertainmentLifestyle
20 Aug 2025 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon terkenal Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto percutiannya di sebuah pulau, menampilkan tubuh sasa tanpa berbaju.

Dalam perkongsian di Instagram, aktor berusia 39 tahun itu memperlihatkan otot perut yang jelas dan tubuh tegap, membuatkan ramai pengikut, khususnya wanita, teruja. Ramai yang meninggalkan komen berseloroh, ada yang mengatakan terus segar mata selepas melihat hantaran tersebut, malah ada juga yang cuba menarik perhatian Zul dengan ucapan manja serta salam perkenalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Perkongsian itu bukan sahaja menghiburkan, malah menambah aura karisma Zul yang sering tampil dengan imej maskulin. Ramai memuji penampilannya, apatah lagi selepas beliau sebelum ini berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh dua bulan demi menjayakan watak dalam filem aksi terbaru.

Dalam hantaran sama, Zul turut berkongsi foto otot perutnya sambil menyertakan lagu Enter Sandman nyanyian kumpulan legenda Metallica sebagai muzik latar, menambahkan lagi ‘vibe’ macho pada perkongsian tersebut.

image is not available 2025-03-07 14:38:28

Umur Dah Nak Masuk 40 Tahun, Zul Ariffin Belum Ada Jawapan 'Tepat' Mengenai Calon Isteri - "Cakap Lebih-Lebih Nanti Dikata Poyo"