Berwaspada dalam kerjasama politik langkah strategik BN Sabah: Suhaimi

LocalPolitics
14 Jun 2025 • 10:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah menyifatkan pendirian berhati-hatinya dalam menjalin kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 sebagai satu keperluan strategik dan bukan penolakan sepenuhnya terhadap sebarang pakatan.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata, gabungan itu, khususnya Umno Sabah, kekal terbuka untuk bekerjasama – namun sebarang keputusan mesti berpaksikan kepentingan rakyat, kestabilan jangka panjang serta pengajaran daripada episod politik lalu, terutamanya semasa Pilihan Raya Negeri ke-16.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun baru-baru ini berhubung kesediaan gabungan itu menentukan halatujunya menjelang pilihan raya akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebelum ini pernah ada kerjasama yang akhirnya merugikan BN — dari segi integriti, kepercayaan dan kurangnya hala tuju bersama,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu (12 Jun).

“Ini bukan sekadar perbezaan ideologi, tetapi soal kejujuran politik dan konsistensi dalam kepimpinan.”

Tambahnya, BN Sabah tidak mahu mengulangi kesilapan lalu atau berada dalam situasi di mana suara akar umbi mereka diketepikan.

“Sebarang bentuk kerjasama mesti ditentukan secara objektif, rasional dan strategik — bukan secara terburu-buru, apatah lagi demi keperluan jangka pendek mana-mana pihak,” katanya.

Suhaimi menegaskan bahawa masa depan Sabah bukan terletak pada berapa ramai parti yang boleh duduk semeja, tetapi kepada pembentukan satu gabungan yang mampu menjamin integriti, kestabilan dan pembangunan untuk jangka masa panjang.

“Langkah berhati-hati kami ini bersifat konstruktif, bukannya konfrontasi,” katanya.