“Besar dugaan keluarga ni..” – Rumah hangus terbakar sebelum Ramadan buat ramai sebak

12 Mar 2024 • 9:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular sebuah video memaparkan sebuah rumah hangus dijilat api dalam sebuah kebakaran yang berlaku dua hari sebelum Ramadan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan tiga orang individu yang dipercayai penghuni rumah tersebut menangis teresak-esak menatap kediaman mereka musnah di depan mata.

Menurut laporan Astro Gempak, Bomba Bagan Ajam mendedahkan kejadian itu berlaku di rumah kampung di Jalan Lahar Yooi, Pulau Pinang.

Ekoran kejadian tersebut, pihak bomba telah menghantar dua jentera bomba dan enam anggota bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut selepas menerima panggilan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 4.6 juta tontonan dan mendapat lebih 350,000 tanda suka selepas dua hari dimuat naik dalam aplikasi itu.

image is not available

image is not available

Netizen turut simpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap dugaan serta nasib yang menimpa keluarga tersebut yang hilang tempat tinggal.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Pihak yang bertanggungjawab perlu bantu keluarga tersebut

Bukan itu sahaja, ramai yang menggesa supaya pihak yang bertanggungjawab untuk membuka tabung derma bagi membolehkan orang ramai menghulurkan bantuan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @paansam