Ramai Sebak Tengok Adik Ni Meraung, Rumah Hangus Dijilat Api Sebelum Ramadan

Entertainment
12 Mar 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramadan kali ini mengundang duka buat keluarga ini apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @paansam, kelihatan tiga orang individu yang dipercayai penghuni rumah tersebut menangis teresak-esak menatap kediaman mereka musnah di depan mata.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata pemilik video.

Dalam video sama, turut kelihatan pihak bomba sedang bertungkus lumus memadam kebakaran itu yang berlaku di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Menurut laporan, pihak bomba telah menghantar dua jentera bomba dan enam anggota bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut selepas menerima panggilan.

Perkongsian video terbabit nyata meraih perhatian ramai, rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap dugaan yang menimpa keluarga tersebut yang hilang tempat tinggal.

Dalam pada itu, netizen menggesa kepada pihak yang sudi membuka tabung derma bagi membolehkan orang ramai menghulurkan bantuan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga tersebut.

image is not available image is not available

Meninjau video berasingan, pemilik video memaklumkan telah melakukan sumbangan awal dan menyerahkannya kepada tuan rumah.

Katanya, mereka mengalu-alukan kepada orang ramai yang mahu memberi sumbangan, boleh menghubungi pihaknya atau berhubung terus kepada mangsa (tuan rumah).

Sayu lihat, semoga urusan keluarga ini dipermudahkan…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.