Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

LocalCars
18 Nov 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Berpantang maut sebelum ajal!

Itulah nasib seorang wanita berusia a 40-an yang terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan besi daripada projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Batu Caves berhampiran Tol Gombak, tengah hari tadi.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan kereta Suzuki Swift itu pecah cermin selepas dua batang besi besar menghempap kenderaan terbabit.

Mujur, mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut Komander Operasi, PBK I Shahrul Nizam Ramlee, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.