
Pemandu Maut, Pacuan Empat Roda Dihempap Pokok Tumbang Di Batang Kali
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.14 petang.
“Setibanya di lokasi pada 2.45 petang, didapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.
Sumber: Bernama
The post Pemandu Maut, Pacuan Empat Roda Dihempap Pokok Tumbang Di Batang Kali appeared first on Siakap Keli.

