Besiktas beri Salah tempoh 24 jam

FootballSports
27 Jul 2026 • 3:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Besiktas beri Salah tempoh 24 jam
Mohamed Salah diberi tempoh 24 jam untuk membuat keputusan mengenai tawaran kontrak selama dua tahun.

KELAB gergasi Turkiye, Besiktas dilaporkan memberi kata dua dengan menetapkan tempoh 24 jam kepada bintang Mesir, Mohamed Salah untuk membuat keputusan mengenai tawaran kontrak selama dua tahun.

Tawaran lumayan itu bakal menyaksikan pemain berusia 34 tahun berkenaan meraih pendapatan keseluruhan mencecah hampir €20 juta (RM93 juta) semusim termasuk bonus prestasi.

Memetik laporan beIN Sports, kelab berpangkalan di Istanbul itu bersedia menawarkan gaji pokok tahunan sebanyak €15 juta (RM70 juta), di samping bonus sampingan bernilai kira-kira €4 juta (RM19 juta).

Perjanjian tersebut dilaporkan turut merangkumi klausa khas berkaitan hak imej pemain berkenaan.

Sekiranya semua insentif prestasi berjaya dicapai, pendapatan tahunan Salah boleh melonjak antara €19 juta hingga €20 juta.

Ini menjadikan jumlah komitmen kewangan keseluruhan Besiktas untuk tempoh dua tahun melebihi €40 juta (RM186 juta).

Susulan penyerahan pakej kewangan tersebut, tumpuan kini terarah kepada Salah dan ejennya, Ramy Abbas untuk memberikan jawapan muktamad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved