Besiktas tawar RM58j kepada Salah

FootballSports
28 Jul 2026 • 7:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Besiktas tawar RM58j kepada Salah

ISTANBUL: Kapten Mesir, Mohamed Salah semakin hampir menyertai kelab Turkiye, Besiktas dengan tawaran kontrak bernilai tinggi untuk meninggalkan Liverpool.

Besiktas dilaporkan bersedia menawarkan gaji sekitar 12.5 juta euro (RM58 juta) setahun kepada Salah dalam usaha mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi musim baharu.

Rundingan antara pihak kelab dan wakil Salah, Ramy Abbas, dikatakan memasuki fasa penting selepas kedua-dua pihak mencapai perkembangan positif berkaitan terma peribadi pemain.

Presiden Besiktas, Serdal Adali, sebelum ini mengesahkan kelab itu sedang berunding dengan Salah dan wakilnya bagi merealisasikan perpindahan yang dianggap antara terbesar dalam sejarah Liga Türkiye.

“Kami sudah lama menjalankan rundingan dengan Salah dan wakilnya mengenai butiran perjanjian. Kami telah mengemukakan tawaran rasmi terakhir selepas berbincang dari semua sudut,” katanya.

Salah, 34, meninggalkan Liverpool selepas sembilan musim penuh gemilang di Anfield yang menyaksikan dia menjadi antara pemain terpenting dalam sejarah kelab berkenaan.

Sepanjang bersama Liverpool, pemain kelahiran Mesir itu membantu kelab tersebut memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara, selain mencipta pelbagai rekod jaringan.

Perpindahan ke Besiktas bakal membuka lembaran baharu dalam karier Salah selepas sebelum ini dia sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi.

Bagaimanapun, pemain itu dilaporkan masih mahu meneruskan karier di Eropah dan Besiktas menjadi destinasi yang berpotensi untuknya. – AGENSI/UTUSAN

The post Besiktas tawar RM58j kepada Salah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved