Beta Terbuka iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan tvOS 27 Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
14 Jul 2026 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beta Terbuka iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan tvOS 27 Kini Boleh Dimuat Turun

Sekiranya anda mahu menggunakan kesemua sistem operasi Apple versi 27 jauh lebih awal, anda kini boleh melakukannya hari ini. Apple telah melancarkan akses Beta terbuka untuk iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan tvOS 27 kepada pengguna yang ingin mencuba.

Image from: Beta Terbuka iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan tvOS 27 Kini Boleh Dimuat Turun

Semasa diumumkan di acara WWDC pada awal Jun lalu, ekosistem Apple 27 membawakan ratusan penambahbaikan berbanding Apple 26. Yang menjadi tumpuan ramai ialah Siri dengan Apple Intelligence yang dipertingkatkan. Siri akhirnya memahami konteks kandungan dalam peranti, data peribadi dan merealisasikan ciri yang dijanjikan lebih setahun lalu.

Image from: Beta Terbuka iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 dan tvOS 27 Kini Boleh Dimuat Turun

Selain itu Liquid Glass boleh diubah untuk lebih telus atau legap, dua iPhone menggunakan satu nombor telefon, AirDrop sehingga 80% lebih pantas, mod landskap pada iPhone dan Safari boleh mengubah kata laluan yang tertiris secara automatik sekiranya ia tertiris ke internet.

Untuk memuat turun sistem operasi beta terbuka Apple 27, anda perlu mendaftar ke dalam Apple Beta Software Program terlebih dahulu. Kemudian lakukan kemas kini menerusi Settings > General > Software Update. dan pilih Beta Updates.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved